Sunday 10 July 2011

Saya tepana melihat video ini. Seorang tua di depan Sogo meluahkan rasa hatinya.



"nak kata manusia bukan manusia lagi dah"


"terjerit terlalak macam tu beratus2 orang,bawak senjata lagi
kau berani jumpa?kalau saya bawak kayu pun org dah takut!"


"macam tu ke orang bertamadun?"


"tanya diri kau apa bakti kau pada negara jgn tanya negara berbakti pade engkau"


"aku bakal mati dan kaku hancur dimakan dek bumi"


Namun yang mmbuatkan saya rasa sgt terkilan adalah komen-komen penonton di YouTube. Sungguh tiada hati dan perasaan. tak pasal2 komen seperti ini yang pakcik ni dapat :

"pakcik, miskin lagi cakap banyak"
"pakcik ni goreng je lebey, agenda politikus"

MasyaAllah. inilah yang terjadi bila dah terlalu fanatik. Tidak mampu membuka mata dah.. Benda baik pun disangkalnya. Penilaian dah dikuasi nafsu semata bukan lagi akal. Namun, komen terbaik saya harus berikan kepada :



 Sungguh makan dalam komen ini. Fikir2kan lah.
Mahasiswa sekarang, makin pandai makin memandai-mandai(tidak semua ya, segelintir sahaja). contohnya sahabat kita ni :


Mohd Farizal, penuntut Universiti Malaysia Terengganu
sumber : Facebook Tun Dr Mahathir


Apakah ini petanda bahawa institusi warisan kesultanan kita akan runtuh? apakah ini petanda suatu hari nanti Malaysia tidak akan aman lagi? dengan BERSIH 2.0 yang jelas dan nyata menyembunyikan agenda tersendiri. Mahasiswa mudah lupa.. dahulu impian menjejakkan kaki ke universiti direalisasikan oleh kerajaan.. dengan bantuan biasiswa dan elaun ketika di matrikulasi, pelajar yang kurang berkemampuan dapat melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. Belum lagi diceritakan sumbangan koperasi, hadiah pelajaran, pinjaman PTPTN, JPA, MARA, diskaun perubatan, pembiayaan ke luar negara dan banyak lagi. Fikirkanlah wahai sahabat. 

Friday 8 July 2011

HIPOKRIT paling besar !

DENGARKAN ! inilah realiti yang harus ditelan puak-puak PAS sekalian. mana pergi laungan-laungan takbir anda dalam menentang kemungkaran satu ketika dahulu?malah tanpa segan silu mahu mengIMAMkan si KAFIR HARBI ini yg dulu anda perangi?




"Untuk kawan-kawan saya dalam PAS
sy nak tutup di sini,
selepas penerangan yg ni, panjang ni.
bagaimana kita, orang PAS,
boleh jadikan Ambiga Sreenevasan
bekas presiden majlis peguam,
ketua kita untuk demonstrasi haram.
tuan-tuan lupa ke??saudara-saudara saya dalam PAS lupa ke siapa Ambiga tu??
dialah penganjur IFC! yang kita lawan habis-habisan,yg menyebabkan ketua pemuda PAS Pulau pinang kena hukum mahkamah, kena penjara!
Ustaz Nordin kena penjara pasal lawan Ambiga, IFC di Pulau pinang ni!
berapa ramai, Syahrul dan lain-lain, kawan-kawan yg diheret ke mahkamah,kerana menentang org macam Ambiga,
menjadi juara IFC.
jgn lupa kita berhimpun,
buat himpunan sejuta umat di Masjid Negara, Masjid wilayah,
untuk menentang Ambiga dan kawan2 dia, dalam kes murtad Lina Joy,kerana Ambiga antara org yg kuat menyokong utk lina joy murtad!
ada antara kamu yg ishtihar jihad terhadap Ambiga dan majlis peguam,
jgn lupa,ambiga lah orgnye yg menjadi kepala menganjur forum masuk islam
lupe ke kita pergi berhimpun dpn majlis peguam??
kamu sebaris dgn saya, dok sebelah saya, takbir! jihad! nak perang dgn majlis peguam.
kita sama2 rempuh majlis peguam aritu, LUPA KE???
arini depa pegi angkat ambiga jadi ketua depa..
tuan-tuan...nak kata apa lagi tu?
HIPOKRIT paling besar!


Tapi saya yakin rakan2 saya dalam PAS banyak yang tak stuju,tak terima.
sebab tu saya mintak sahabat2 saya,rakan2 sy dalam PAS,
berjuang sendiri..
takmau pakat dgn UMNO takpa,tapi berjuang sendiri"


ulasan : 
Petikan dari ceramah Datuk Zulkifli Noordin, salah seorang 'planner' BERSIH 1.0 (klik sini) yang juga salah seorang peguambela anwar ibrahim ketika tuduhan meliwat Azizan tahun 1998 dahulu. seterusnya, anda lihatlah sendiri 'snapshot' ketika beliau bersama2 rakan2 PASnya satu ketika dahulu ketika mereka memerangi Ambiga dalam kes murtad Lina Joy.

Jangan jadi munafik wahai fanatikus2 PAS sekalian.. berjuanglah demi agama bukan parti politik semata! jangan tegakkan 1+1=3 hanya kerana pemimpin2 hamPAS anda suntikkan! berjuanglah sendiri, jangan jadi TOY SOLDIERS sepanjang hayatmu.. 

Thursday 7 July 2011

PENDEDAHAN BERSIH 2.0 dari orang yang pernah merancang BERSIH 1.0

Mari kita dengar pendedahan dari Datuk Zulkifli Nordin, salah seorang peguam dalam kes DSAI meliwat Azizan pada tahun 1998 dan juga ahli parlimen Kulim Bandar Baru.


PART 1



PART 2




Inilah muslihat BERSIH 2.0 yang telah dibongkar oleh orang yg pernah menjadi 'planner' untuk BERSIH 1.0. Fikir-fikirkanlah dan nilaikanlah sendiri dengan akal fikiran.

Wednesday 6 July 2011

Negara Kebajikan atau Negara islam?


Dari HAMKA (kereta mayat)





Dah lama aku nak suarakan isu ni, tapi tak sempat kerana perasan sibuk dan malas nak berbalah dengan penyokong perjuangan 'islam', sehinggalah berita tentang perjuangan PAS yang menangguhkan dulu negara islam di ganti dengan negara kebajikan, maka aku seolah-olah terpanggil (maaf-aku rasa sedikit geli guna prosa terpanggil tapi dah takde prosa lain) untuk bagi pendapat aku secara ikhlas tanpa mewaliki mana mana pihak yang berkepentingan dalam bidang politik, insyAllah..
Untuk pengetahuan korang, ada empat (4) perkataan khusus iaitu 'Allah', 'Solat', 'Kaabah' dan 'Baitullah' kalau tak silap aku, telah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam yang di putuskan oleh Jemaah Menteri sejak Mei 1986.
Di sini, aku ingin membuat cadangan, agar kalimah “islam” itu sendiri tidak di benarkan sebagai jenama kepada sebarang jenis perniagaan(commercialization) dan apa jua pertandingan (competition) kepada semua orang, termasuk orang islam itu sendiri. Selain daripada dua bidang ini, seperti sekolah, badan kebajikan, atau apa apa perkara yang tidak terlibat dengan unsur 'pertandingan' serta 'perniagaan', maka adalah bebas menggunakan kalimah “islam”.
Sebagai contoh, Dulu ada isu kerja sama antara kerajaan Iran dan Malaysia untuk buat kereta jenama “islam”, yang ada kompas kaabah dan ruang letak kelengkapan sembahyang. Alhamdulillah projek kereta islam ni tak jadi, kalau tak, kereta ini akan memalukan seluruh ummat islam, kenapa?
Iyelah, jika ‘kereta islam’ rosak tengah jalan, atau banyak terlibat dengan kemalangan, atau break gagal berfungsi, atau ada orang buat oral seks di dalamnya, atau mahal nak mampos, atau banyak kena saman, maka orang akan cakap: tengok, kereta islam tu, teruk, suck! bengong! atau: Apakejadah, Allah tak tolong ke kereta islam, asyik eksiden jerr. Tak ke hampeh?
Maka, nasihat aku, jika nak buat kereta ala-ala islam, tak payah letak nama 'islam', letak jer, kereta harakah ke, kereta tok guru ke, atau jenama: keretamayat, yang mana bila kereta tu buat masalah, orang tak akan rujuk kepada kalimah islam tadi, semua faham sudah.
Sebab tu aku nasihat agar tak ada produk perniagaan yang sewenang wenang guna nama islam sebagai jenama, seperti contoh: persatuan pengguna ubat gigi islam malaysia, kopi kesihatan islam, proton islam, kentucky fried islamic chicken (sebelum sembelih, ayam-ayam kami didengarkan bacaan al-quran dan doa supaya pengguna yang makan KFIC akan dapat kesucian dan ketenangan hati), ini-adalah-produk-islam-kalau-kau-tak-beli-sah-kau-sokong-israel... yang mana apabila dibuat kajian, nama jer islam, tapi apabila produk ini menimbulkan masalah, cekik darah, membebankan, tidak berkualiti, guna fatwa kaum kera atau memfitnah produk syarikat lain... maka pengguna akan terus menuduh “islam” sebagai ugama yang bermasalah padahal kesalahan berpunca daripada peniaga yang salah guna kalimah islam pada label produk mereka.
Itu bab perniagaan, belum masuk bab pertandingan, kesannya lagi teruk, maka, nasihat aku, jangan benarkan guna nama islam dalam apa apa pertandingan seperti, Pasukan bola sepak islam, pasukan perenang perempuan islam, atau apa sahaja, kerana jika pemain tak tutup aurat dah jadi satu isu, lepas tu jika main asyik kalah dan selalu dapat kad merah, akan memburukkan imej islam sampai bila bila!
So tak yah guna nama islam, gunalah nama, pasukan tok guru ke, pasukah harakah ke, apa apa lantak ler, yang penting, jangan guna nama ISLAM untuk kepentingan individu atau puak tertentu! Faham?!




ramai yg hampa..

Masuk bab hiburan, aku bersyukur kerana nama kumpulan nasyid di Malaysia belum ada bernama ‘kumpulan islam’, Alhamdulillah, mereka hanya memilh nama ala ala islam, bagus! seperti, Raihan, Rabbani, Brothers, Hijaaz dan lain-lain, yang mana apabila DJ radio umum carta lagu popular dengan kenyataan,: “ok, hari ini Raihan jatuh dua tangga kalah dengan Lagu Sesat, alternative Punk, manakala Rabbani tertendang keluar dari carta dan diganti lagu dangdut goyang gerudi dari inul, bla-bla bla.., “ so dengar carta lagu macam tu aku rasa takdelah down sangat, islam tak buruk sangat sebab takde kalimah islam kat situ.
Tapi jika ada kumpulan nasyid bengong yang nak guna nama kumpulan sebagai kumpulan islam lalu masuk carta lagu popular tapi lagu tak best dan dengar DJ umum,: “hari ini, kumpulan islam dengan lagu undilah kami telah berada di kedudukan tercorot, manakala tempat pertama di juarai lagu Disco gelek sampai mati,” tak ke hampeh? Tak ke kumpulan nasyid bongok yang guna nama islam tadi telah memalukan seluruh ummat islam?
So, hentikan pengunaan kalimah islam ni sampai bila bila, kepada pereka fesyen, jangan pandai pandai nak letak fesyen islam jika baju ketat dan Nampak lurah dada, bengong!
Blogger yang letak nama blog dengan kalimah islam tapi ada iklan lucah, baik bertaubat! Kau buat aku rasa nak ludah muka lu bro, jangan memalukan islam dengan nafsu beruk kamu!
Last, bab politik, bukan isu perjuangan islam berganti dengan perjuangan Negara kebajikan yang aku nak komen, (itu mungkin kita cerita lain kali), tapi nama parti so call Islamic yang dah lama merosakan imej islam.
Aku dah lama tak setuju bila ada parti politik sanggup letak nama “islam” sebagai jenama parti politik. Sebab “islam” itu bukan hak milik golongan executive sesetengah pihak sahaja, tapi islam adalah hak milik semua orang islam.
Kesannya, apabila parti politik itu buat silap, buat dosa, buat maksiat, atau guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa mereka, maka tempiasnya pada kalimah islam itu sendiri dan seolah olah, semua orang islam terlibat dengan kebodohan dan kejahilan sesetengah pihak dalam 'parti islam' itu.
Bila mereka cakap, Tuhan mencarut, tuhan samseng, boleh berkawan dengan syaitan, tak mengundi masuk neraka, boleh guna kalimah Allah untuk bapa jesus, takpe orang kapir bukak aurat dalam masjid, tak sokong kami menjadi kafir, isu konsert mawi, isu rasuah di kelantan dan banyak lagi isu politik, dan apabila nama parti mereka ISLAM, maka alangkah buruknya tempias dan akibat yang mana buat orang yang benci islam makin jauh dari ugama dan buat orang kapir lebih gigih memperbodohkan orang islam dalam parti itu.
Aku bukan pro UMNO, Umno jugak buat silap, seperti isteri tak tutup aurat, halang hudud, benarkan judi, rasuah, khalwat dan sebagainya, memang salah dan sesat, tak taubat masuk neraka, tapi mereka tak letak jenama ISLAM sebagai nama parti, maka bila mereka buat buruk, yang buruknya adalah UMNO bukan islam itu sendiri, memang melayu dalam UMNO itu orang islam, tapi oleh kerana jenama parti mereka guna nama “MELAYU”, maka yang buruk adalah ‘melayu yang buat silap dalam parti’ itu sendiri.., itu lu kena faham wahai orang-orang Parti ISLAM.
“Habis tu Hamka, orang buat dosa, suruh mereka murtad lah, sebab tak nak memalukan islam?”
Bengong! Jangan jadi slow boleh tak? dua benda jer yang tak boleh guna kalimah “islam” sewanang wenang iaitu dalam perkara “competition” dan “commercialization”. Selain dari tu tak yah ler nak buat buat bodoh, sila guna common sense!
Cuba tengok ‘pengganas’ atau pejuang islam peringkat antara bangsa? Ada mereka letak kalimah islam dalam nama jenama perjuangan mereka?, arwah Osama guna nama al-Qaeda, Shaker al-Abssi guna nama Al fatah, Khaled Meshaal guna nama Hamas, Mullah Omar guna nama Taliban, Abu sahaya filipine guna nama Abu Sayyaf, dan lain lain. Tetapi di Malaysia, selamba jer korang guna kalimah islam dengan nama: PARTI ISLAM SEMALAYSIA, wah wah wah, senang senang jer guna nama ugama seluruh dunia, dan akibatnya, yang mana aku tengok orang UMNO yang jahil ugama bila cakap bab politik akan tuduh ISLAM sebagai sesat, beban, bodoh dan sebagainya, padahal maksud UMNO jahil tu yang sesat, beban, bodoh tu ahli PAS, tapi sebab ada nama ISLAM, maka bertambahlah kemunafikan kepada orang munafik yang memang benci pada islam.
So, PAS dah tukar perjuangan daripada Negara islam kepada Negara kebajikan, nasihat aku, tukarlah nama PARTI, dah lama sesetengah dari kamu yang rosakkan kesucian nama islam.
Kita hidup di zaman menzahirkan hadith, pastikan diri kita berada dalam hadith yang membawa ke shurga.
“Sudah hampir tiba suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali”
[HR Baihaqi].
Sekian. Orang PAS dan UMNO, selagi kamu orang islam, I love u..
Ps: Aku bagi cadangan: PAS: PARTI ADIL SEMALAYSIA.. Parti KEADILAN boleh di bubarkan sebab perjuangan korang dah sama, di tambah pula logo kamu yang ada unsur freemason dan illuminiti-woha!
Ps2: Puak fanatik pas, jangan bergegas kutuk aku, jika esok Haji hadi tukar nama parti atas arahan DAP, siapa yang malu? fikir-fikirkahlah...

Saturday 2 July 2011

NEGARA KEBAJIKAN PAS???????????


Pening & menyenakkan perut! Itulah perasaan kebanyakan umat Islam & Melayu sekarang bila melihat percaturan politik Malaysia kini.


Tiada bezanya PAS dengan UMNO jika dulunya PAS mahukan jadi negara Islam tapi sekarang nak jadikan Malaysia hanya lah sebagai negara Kebajikan sahaja..UMNO dah lama pun laksanakan negara Kebajikan baru sekarang ke PAS nak perjuangkan negara Kebajikan???
atau ianya hanya UMPAN semata-mata???

adakah PAS mahu meniru UMNO???
di mana hilangnya matlamat utama PAS untuk membangunkan negara Islam???
adakah ianya semata-mata untuk mendapatkan perhatian dari rakyat????

Tujuannya kerana mahu kerjasama dengan DAP dan PKR yang tidak mahu negaraIslam..Malang sungguh penyokong2 PAS selama ini sokong PAS sebab PAS nak tubuhkan negara Islam.Bermati-matian berjuang bersama-sama PAS nak laksanakan hukumHudud..Akhirnya hukum Hudud hanya satu slogan bukannya satu tanggungjawab nak laksanakan bila dah jadi pemerintah.Tapi akhirnya PAS dah jadi sama macam UMNOmahu laksanakan negara Kebajikan bukannya negara Islam..

dimanakah letaknya pendirian mereka???
perlukah ianya bertukar tahun demi tahun sekiranya matlamat yg mereka uar-uarkan tidak menjadi???

Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:  
1)    Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2)    Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3)    Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4)    Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5)    Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6)    Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7)    Rakyat sejahtera, negara makmur


Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:
  1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran  pengajian)
  2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
  3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
  4. Menurunkan harga petrol dan gas.
  5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
  6. Melaksanakan akta gaji minima
  7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari



Justeru itu, secara tidak langsung, maka kini sudah sah bahawa PAS sudah melupakan agenda penubuhan negara Islam dan mendaulatkan Islam di negara ini. DAP dan PKR pastinya bersorak sakan.
Nampaknya UMNO lebih pantas dan lebih cerdik untuk mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam. Meskipun tidak mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya, sesungguhkan Kerajaan kita sedang menuju ke arah itu dan cuma mengambil masa yang lebih sedikit ekoran tidak ada kerjasama dari PAS sendiri. Namun, dari segi dasarnya, UMNO bertahun-tahun membuktikan bahawa dasarnya terhadap Islam lebih sederhana, fundamental dan realistik berbanding PAS yang hanya cakap saja lebih!
jom kita lihat perbezaan PAS dahulu dan PAS sekarang!!!! 

BERSIH 2.0 : 7 HARI LAGI!!!

Kala dan waktu ini rakyat digamit perasaan resah dan gelisah menantikan tibanya tarikh 9 julai 2011. Apakah yang akan terjadi?????Pernahkah anda mendengar BERSIH 2.0?????Apakah yang anda faham tentang BERSIH 2.0????Bagaimanakah jika ianya benar-benar berlaku?????





BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya, keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak-pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani. BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia. tekan sini untuk keterangan lanjut..
8 TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN DALAM DEMONSTRASI BERSIH 2.0



1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4.  Akses media yang bebas dan adil
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5.Masa kempen minima 21 hari
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

KESAN!!!

menurut pandangan Dr. Mahathir Mohamad

DEMONSTRASI

pada pandangan anda adakah demonstrasi ini memberi kesan yang baik kepada diri anda, keluarga,  orang-orang disekeliling anda dan negara????